Kadar kebolehjangkitan 0.99

PUTRAJAYA 13 Jan. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam turun kepada 0.99 berbanding 1.00 pada hari sebelumnya.

Enam negeri menyamai atau melebihi kadar itu didahului Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur serta Sabah yang masing-masing merekodkan 1.08.

Ini diikuti Negeri Sembilan dan Melaka yang merekodkan 1.02 dan Selangor 99.

Johor dan Kedah masing-masing merekodkan 0.98, Pulau Pinang 0.97, Pahang 0.95, Perak 0.94, Kelantan 0.92, Sarawak dan Perlis masing-masing mencatatkan 0.91. Terengganu merekodkan 0.83 manakala Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan sembilan kes.

Related posts

Leave a Comment