Rundingan AS-Iran hujung minggu

WASHINGTON – Rundingan Amerika Syarikat (AS)-Iran akan berlangsung hujung minggu ini, susulan gencatan senjata 10 hari Israel-Lubnan yang mula berkuat kuasa semalam.

Presiden AS, Donald Trump, berkata Iran menawarkan jaminan untuk tidak memiliki senjata nuklear bagi tempoh lebih 20 tahun, salah satu isu yang menjadi halangan utama dalam rundingan di Islamabad hujung minggu lalu.

Trump berkata, beliau merancang menjemput Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Lubnan, Joseph Aoun ke Rumah Putih untuk rundingan bermakna dalam tempoh satu atau dua minggu akan datang.

Beliau turut mengarahkan Naib Presiden AS, JD Vance; Setiausaha Negara AS, Marco Rubio dan Pengerusi Ketua Turus Bersama, Dan Caine untuk bekerjasama dengan Israel dan Lubnan bagi mencapai keamanan berkekalan.

Konflik dengan Iran, yang bermula pada 28 Februari susulan serangan AS dan Israel mengorbankan ribuan nyawa serta menyebabkan harga minyak melonjak, sekali gus menimbulkan tekanan politik besar kepada presiden AS.

Iran mengalu-alukan gencatan senjata di Lubnan, dengan menyatakan ia sebahagian daripada persefahaman yang dicapai bersama AS menerusi oleh Pakistan.

Dalam pada itu, Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth, berkata tentera berada dalam kesiapsiagaan untuk menyambung semula operasi tempur sekiranya perjanjian tidak dicapai.

Related posts

Leave a Comment