4,541 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 25 Jan. – Arab Saudi merekodkan 4,541 kes harian Covid-19, turun sedikit berbanding 4,838 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 661,733 kes. Bagaimanapun jumlah yang meninggal dunia pula dua orang, sama seperti semalam dan hari-hari sebelumnya yang membawa kepada 8,924 kematian. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 1,523 kes direkodkan di Riyadh, diikuti Jeddah 603, Madinah 175, Hofuf 149, Dammam 148 dan 101 di Makkah manakala lain-lain bandar kurang 100 kes. Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 611,342 selepas 5,212 pesakit dilaporkan sembuh.

Read More

PRN: Muhyiddin tidak bertanding

SHAH ALAM 25 Jan. –  Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin tidak akan bertanding bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir yang disandangnya sebelum ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang. Muhyiddin menjelaskan keputusan itu dibuat bagi membolehkan lebih ramai calon muka baharu ditampilkan parti itu dalam PRN berkenaan. “Saya mungkin tidak akan bertanding. Ini terserah kepada pimpinan tentukan (calon). Saya mahu tumpukan sepenuh masa kepada yang lebih utama iaitu Parlimen, menguruskan parti pada peringkat pusat dan menyampaikan mesej perjuangan kita. “Jadi saya mahu bagi peluang kepada…

Read More

Penurunan kes di Thailand

BANGKOK 25 Jan. – Kes jangkitan Covid-19 di Thailand menunjukkan penurunan hari ini apabila 6,718 kes dilaporkan berbanding 7,139 kes yang direkodkan semalam. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, dalam tempoh 24 jam, terdapat 12 lagi kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan berbanding 13 semalam. Berikutan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 2,391,357 kes dengan jumlah kematian pula 22,057 orang. Manakala daripada 6,718 kes, sebanyak 6,497 melibatkan penduduk awam, 69 dalam kalangan penghuni penjara dan 152 kes import. Bangkok terus merekodkan kes jangkitan tertinggi iaitu 1,269 kes dikuti Samut Prakan 556, Nonthaburi 411,…

Read More

Malaysia kembali catat 4,000 kes

PUTRAJAYA 25 Jan. – Malaysia mencatatkan sedikit peningkatan kes harian Covid-19 hari ini dengan merekodkan 4,066 berbanding 3,214 yang direkodkan semalam dan 3,856 pada hari sebelumnya. Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di Malaysia adalah sebanyak 2,840,225 kes. Daripada 4,066 kes, sebanyak 3,624 adalah kes tempatan melibatkan 3,521 warganegara (97.2%) dan 103 bukan warganegara (2.8%) manakala 442 kes import pula melibatkan 323 warganegara (73.1%); 119 bukan warganegara (26.9%). Dalam kenyataannya, beliau berkata sebanyak 50 kes (1.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan…

Read More

Kadar kebolehjangkitan naik 1.09

PUTRAJAYA 25 Jan. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam meningkat kepada 1.09 berbanding 1.08 pada hari sebelumnya. Hanya satu negeri mengatasi kadar itu, iaitu Negeri Sembilan yang mencatatkan 1.16 sementara Johor dan Kedah masing-masing merekodkan 1.09. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan 1.07, Putrajaya 1.04, Melaka 1.04, Selangor 1.04, Pulau Pinang 1.03, Pahang 1.01,  Kelantan 1.00 dan Perak 1.00. Dua negeri yang mencatatkan kadar di bawah 1.00 adalah Sabah 0.98 dan Terengganu 0.82. Sementara itu Sarawak merekodkan tujuh kes, Perlis empat dan Labuan dua kes.

Read More

Roti jala gergasi

BAGI yang ada di Pulau Pinang terutama sekitar Batu Feringgi bolehlah cuba menyorok di Belimbing Cafe Corner. Mudah sahaja lokasinya. Dari Batu Feringgi, jumpa bulatan, masuk ke kiri  Kedudukan kedai sebelum Craft Batik atau berdekatan Toy Museum. Apa ada di sini ? Pilihan saya roti jala gergasi dengan kari ayam. Anak saya pilih roti canai sarang burung dan nasi lemak. Cuci mulut pula dengan tapai pulut. Roti Jala Gergasi ini ditebar atas kuali besar dan satu kuali lebih kecil. Dua keping roti ini dikira satu set. Lupa pula nak tanya…

Read More

Terus fokus perangi Covid-19

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan saranan agar negara dunia terus kekal fokus dalam usaha memerangi pandemik Covid-19. Menurut Ketua Pengarahnya, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, penularan varian Omicron tidak boleh dianggap sebagai penamat fasa akut bagi virus tersebut. Ketika mengeluarkan kenyataan itu di mesyuarat lembaga eksekutif WHO, beliau juga mengakui, dunia perlu sentiasa bersedia dengan kemunculan varian baharu. Dr Tedros menegaskan bahawa varian Omicron yang tidak menyebabkan simptom serius memberikan tanggapan bahawa pandemik Covid-19 sudah berlalu. Bagaimanapun, beliau mengulangi pendirian bahawa kadar vaksinasi populasi dunia perlu ditingkatkan ketika pandemik kini…

Read More

197,765 lagi dapatkan penggalak

PUTRAJAYA 25 Jan. – Jumlah penerima dos penggalak Covid-19 terus meningkat apabila 197,765 lagi individu tampil mendapatkan suntikan itu semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 10,906,259 orang. Menurut data Kementerian Kesihatan di laman COVIDNOW, sebanyak 22,917,313 individu atau 97.9 peratus populasi dewasa melengkapkan dos mereka, manakala 23,195,017 atau 99.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Sebanyak 78.7 peratus atau 25,699,444 daripada populasi keseluruhan lengkap vaksinasi mereka manakala 79.8 peratus atau 26,059,755 mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,782,131 individu atau 88.4 peratus…

Read More

Omicron dominan di Korea Selatan

VARIAN Omicron kini mengambil alih Delta dan menjadi varian dominan di Korea Selatan selepas ia mula dikesan buat kali pertama lapan minggu lalu. Pihak berkuasa kesihatan mengesahkan varian membimbangkan itu telah menggantikan varian Delta yang sebelum ini juga mendominasi jangkitan Covid-19 di negara itu. Berdasarkan data terkini, tahap risiko untuk Covid-19 adalah “sangat tinggi” di Seoul dan seluruh negara. Dalam tempoh 24 jam lepas, sebanyak 7,513 kes baharu direkodkan, hampir dua kali ganda daripada 3,857 kes yang ditemui seminggu lalu dalam tempoh sama. Semalam, Isnin, Kementerian Kesihatan memperluaskan kaedah bekerja…

Read More