AS$7 bilion bina tiga taman tema

PARIS – Perancis dan Arab Saudi menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi membina tiga taman tema berhampiran Paris di mana Arab Saudi akan melabur AS$7 bilion (kira-kira RM28 bilion).

MoU itu termasuk membina sebuah taman yang dijangka bertemakan manga, iaitu komik Jepun ditandatangani  sempena lawatan dua hari Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, ke Perancis.

Arab Saudi akan melabur AS$7 bilion (kira-kira RM28 bilion) untuk membina tiga taman tema berhampiran Paris termasuk sebuah taman yang dijangka bertemakan manga, iaitu komik Jepun.

Tiga taman tema itu akan dibina di Cergy-Pontoise, kira-kira 30 kilometer di barat laut Paris.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron, menyifatkan projek itu sebagai pengumuman “belum pernah berlaku sebelum ini” dan berkata taman berkenaan bakal menjadi “destinasi global baharu”.

Projek itu akan dikendalikan Qiddiya, syarikat pelaburan milik dana kekayaan negara Arab Saudi.

Ketiga-tiga taman tema itu dijangka mewujudkan 22,000 pekerjaan secara langsung, berbanding kira-kira 20,000 pekerjaan yang diwujudkan Disneyland Paris.

Penasihat Macron berkata, idea projek itu tercetus daripada perbincangan antara Presiden dan Putera Mahkota ketika pertemuan mereka di Riyadh pada Disember 2024.

Dalam pertemuan itu, kedua-duanya menyedari mereka berkongsi minat terhadap manga, khususnya Dragon Ball Z.

Pejabat Macron mengesahkan salah satu taman tema itu akan bertemakan manga, manakala tema dua taman lain belum didedahkan.

Related posts

Leave a Comment