Terus fokus perangi Covid-19

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan saranan agar negara dunia terus kekal fokus dalam usaha memerangi pandemik Covid-19.

Menurut Ketua Pengarahnya, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, penularan varian Omicron tidak boleh dianggap sebagai penamat fasa akut bagi virus tersebut.

Ketika mengeluarkan kenyataan itu di mesyuarat lembaga eksekutif WHO, beliau

juga mengakui, dunia perlu sentiasa bersedia dengan kemunculan varian baharu.

Dr Tedros menegaskan bahawa varian Omicron yang tidak menyebabkan simptom serius memberikan tanggapan bahawa pandemik Covid-19 sudah berlalu.

Bagaimanapun, beliau mengulangi pendirian bahawa kadar vaksinasi populasi dunia perlu ditingkatkan ketika pandemik kini memasuki tahun ketiga.

Negara-negara dunia juga perlu memaksimumkan langkah pencegahan dan keselamatan, termasuk ujian serta proses inokulasi.

Related posts

Leave a Comment