Kadar kebolehjangkitan naik 1.09

PUTRAJAYA 25 Jan. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam meningkat kepada 1.09 berbanding 1.08 pada hari sebelumnya.

Hanya satu negeri mengatasi kadar itu, iaitu Negeri Sembilan yang mencatatkan 1.16 sementara Johor dan Kedah masing-masing merekodkan 1.09.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan 1.07, Putrajaya 1.04, Melaka 1.04, Selangor 1.04, Pulau Pinang 1.03, Pahang 1.01,  Kelantan 1.00 dan Perak 1.00.

Dua negeri yang mencatatkan kadar di bawah 1.00 adalah Sabah 0.98 dan Terengganu 0.82.

Sementara itu Sarawak merekodkan tujuh kes, Perlis empat dan Labuan dua kes.

Related posts

Leave a Comment