1,615 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 19 Jan. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 1,615 kes baharu Covid-19 dan satu kematian di Singapura setakat pukul 12 tengah hari Ini termasuk 410 kes import. Angka harian itu menunjukkan satu peningkatan berbanding 1,448 yang direkodkan semalam dan ini menjadikan jumlah keseluruhan 296,077 dan 844 kematian. Menurut MoH, sebanyak 1,185 kes baharu varian Omicron disahkan hari ini iaitu 965 daripadanya adalah jangkitan tempatan manakala 220 adalah kes import. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 1,205 adalah kes dalam masyarakat, dan 410 kes import. Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah…

Read More

Riyadh catat kes harian tertinggi

RIYADH 19 Jan. – Arab Saudi merekodkan peningkatan kes harian dengan merekodkan 5,928 kes baharu Covid-19 mengatasi jumlah yang direkodkan semalam sebanyak 5,873 kes. Dalam tempoh 24 jam, jumlah yang meninggal dunia pula kekal dua orang seperti dilaporkan semalam.. Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 632,736 dengan jumlah kematian pula meningkat kepada 8,912 orang. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 1,525 kes direkodkan di Riyadh diikuti Jeddah 753, Makkah 332, Madinah 281, Dammam 214, Hofuf 211 dan Rabigh 122. Beberapa bandar lain…

Read More

Thailand catat 7,122 kes baharu

BANGKOK 19 Jan. – Jumlah kes harian jangkitan baharu Covid-19 di Thailand menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 7,122 kes berbanding 6,397 yang direkodkan semalam. Bagaimanapun jumlah kematian yang direkodkan hari ini adalah 12, lebih rendah berbanding 18 yang meninggal dunia semalam. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, individu yang direkodkan meninggal dunia berumur antara 32 dan 94 tahun di mana tujuh daripada 12 kes ini tidak divaksin Bangkok masih mendahului kes jangkitan dengan 820 diikuti 601 di Samut Prakan, Chon Buri 506, Phuket 383, Nonthaburi 319, Khon Kaen 313, Pathum Thani 250,…

Read More

Filipina catat 22,958 kes baharu

MANILA 19 Jan. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 22,958 kes baharu Covid-19 hari ini, kurang daripada 28,471 yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 3,293,625. Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 36,611 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 2,969,853 orang atau 90.2 peratus daripada keseluruhan kes. Dalam tempoh yang sama, 82 individu meninggal dunia dan ini meningkatkan jumlah kematian kepada 53,044 orang. Daripada jumlah kes yang dicatatkan dalam negara, sebanyak 8.2 peratus atau 270,728 adalah kes aktif.

Read More

Brunei catat 29 kes baharu

BERAKAS 18 Jan. – Sebanyak 29 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan di Brunei Darussalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 15,986 orang, kata Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar.  Bercakap pada satu sidang media hari ini, beliau memberitahu daripada jumlah tersebut, sebanyak 24 adalah kes tempatan, manakala lima lagi adalah kes import. Katanya, jumlah kes baharu ini adalah hasil daripada 2,380  jumlah ujian makmal, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu dan kadar kes positif pada hari ini ialah sebanyak 1.2 peratus.  Dalam kalangan kes-kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan…

Read More

Kes harian di Malaysia 3,229

PUTRAJAYA 19 Jan. – Kes jangkitan harian Covid-19 kekal dengan angka 3,000 selepas mencatatkan 3,229 kes baharu setakat pukul 12 tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Jumlah itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding 3,245 kes yang dilaporkan semalam. Menurut Dr Noor Hisham, dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes jangkitan akibat virus berkenaan meningkat kepada 2,817,163 kes. Sejak 11 Januari lalu, jumlah kes harian yang direkodkan adalah melebihi 3,000 kecuali pada 17 Januari merekodkan 2,342 kes. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 239 adalah kes import yang…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.99

PUTRAJAYA 19 Jan. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam naik kepada 0.99 berbanding 0.98 pada hari sebelumnya. Tujuh negeri merekodkan kadar melebihi 1.00 didahului Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.08, Negeri Sembilan 1.06, Melaka 1.04, Johor 1.03, Kedah 1.03, Selangor 1.01 dan Sabah 1.01. Ini diikuti negeri-negeri yang merekodkan kadar di bawah 0.99 iaitu Pahang 0.97, Pulau Pinang 0.96, Perak 0.94, Kelantan 0.90, dan Terengganu 0.78. Sementara itu Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan 18 kes diikuti Sarawak 16, Perlis 11 dan Wilayah Persekutuan Labuan 10 kes.

Read More

Cadang tangguh dos penggalak

KANGAR 19 Jan. – Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyarankan supaya Kementerian Kesihatan (KKM) menangguhkan pemberian dos penggalak atau dos ketiga vaksin Covid-19 kerana dibimbangi mempunyai kesan terhadap kesihatan. Beliau berkata penangguhan berkenaan perlu mengambil kira satu kenyataan yang jelas terhadap siapa atau golongan mana yang sebenarnya tidak wajar mengambil dos berkenaan. “Saya ingin mencadangkan agar KKM menangguhkan pemberian dos ketiga sehingga dikeluarkan dengan jelas siapa yang tidak wajar mengambil dos ketiga ini kerana dibimbangkan kesan yang serius. “Saya tidak menafikan peranan vaksin sebelum ini yang sudah mengurangkan…

Read More

9,744,147 terima dos penggalak

PUTRAJAYA 19 Jan. – Setakat malam tadi, seramai 9,744,147 individu dewasa atau 41.6 peratus telah menerima dos penggalak vaksin termasuk 127,066 dos yang diberikan semalam. Menurut data di laman COVIDNOW, seramai 22,909,192 individu atau 97.9 peratus populasi dewasa telah lengkap menerima suntikan vaksin manakala 23,188,245 individu atau 99.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos. Sebanyak 78.6 peratus atau 25,684,153 daripada populasi keseluruhan telah menerima dua dos suntikan vaksin manakala 79.7 peratus atau 26,050,060 menerima sekurang-kurangnya satu dos. Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, seramai 2,774,961 individu atau 88.2 peratus telah…

Read More

Virus Covid-19 tidak berakhir

VIRUS Covid-19 tidak akan berakhir tahun ini, sebaliknya ia akan menjadi sebahagian daripada ekosistem, kata Pengarah Eksekutif Program Kecemasan Kesihatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Michael Ryan. “Apa yang boleh kita akhiri adalah tahap kecemasan kesihatan awam. Isunya adalah kematian, kemasukan ke hospital, ia ada kaitan dengan kecelaruan sosial, ekonomi, sistem politik yang menyebabkan tragedi ini, bukan virus,” katanya. Beliau juga menjelaskan endemik tidak bermaksud segala-galanya akan berakhir kerana endemik malaria dan beberapa penyakit yang lain juga membunuh banyak nyawa. “Kita bercakap tentang pandemik lawan endemik. Perkataan endemik itu, endemik malaria membunuh…

Read More