Wakil Jepun mahu rebut Presiden FIFA

TOKYO – Presiden Kehormat Persatuan Bolasepak Jepun (JFA) Kozo Tashima menawarkan diri untuk merebut jawatan Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Bekas pemain kebangsaan Jepun itu mengemukakan dokumen pencalonan yang diperlukan kepada badan induk bola sepak dunia itu dan jika diluluskan, beliau akan mencabar penyandang, Gianni Infantino yang mahu mempertahankan jawatannya.

Bagaimanapun pencalonan Tashima akan tertakluk kepada semakan kelayakan dan integriti FIFA sebelum beliau disahkan secara rasmi sebagai calon bagi pemilihan yang dijadualkan berlangsung pada Mac semasa Kongres FIFA di Rabat, Maghribi.

Tashima 68,  merupakan calon pertama dari Jepun yang bertanding bagi jawatan tertinggi FIFA berkenaan.

Peraturan FIFA menetapkan seseorang calon perlu dicalonkan oleh sekurang-kurangnya lima persatuan ahli.

Tashima berkata beliau telah memperoleh sokongan yang diperlukan dan menzahirkan penghargaan kepada persekutuan yang menyokong pencalonannya.

Katanya, bola sepak Jepun membina asasnya berteraskan etika yang kukuh serta pengurusan organisasi yang mantap, justeru beliau mahu mempromosikan tadbir urus yang lebih kukuh dan pentadbiran yang lebih telus di FIFA.

Related posts

Leave a Comment