Kadar kebolehjangkitan 0.99

PUTRAJAYA 19 Jan. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam naik kepada 0.99 berbanding 0.98 pada hari sebelumnya.

Tujuh negeri merekodkan kadar melebihi 1.00 didahului Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.08, Negeri Sembilan 1.06, Melaka 1.04, Johor 1.03, Kedah 1.03, Selangor 1.01 dan Sabah 1.01.

Ini diikuti negeri-negeri yang merekodkan kadar di bawah 0.99 iaitu Pahang 0.97, Pulau Pinang 0.96, Perak 0.94, Kelantan 0.90, dan Terengganu 0.78.

Sementara itu Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan 18 kes diikuti Sarawak 16, Perlis 11 dan Wilayah Persekutuan Labuan 10 kes.

Related posts

Leave a Comment