Riyadh catat kes harian tertinggi

RIYADH 19 Jan. – Arab Saudi merekodkan peningkatan kes harian dengan merekodkan 5,928 kes baharu Covid-19 mengatasi jumlah yang direkodkan semalam sebanyak 5,873 kes.

Dalam tempoh 24 jam, jumlah yang meninggal dunia pula kekal dua orang seperti dilaporkan semalam..

Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 632,736 dengan jumlah kematian pula meningkat kepada 8,912 orang.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 1,525 kes direkodkan di Riyadh diikuti Jeddah 753, Makkah 332, Madinah 281, Dammam 214, Hofuf 211 dan Rabigh 122. Beberapa bandar lain merekodkan kurang dari 100 kes.

Sebanyak 4,981 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 578,812.

Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 492 kes dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment