9,744,147 terima dos penggalak

PUTRAJAYA 19 Jan. – Setakat malam tadi, seramai 9,744,147 individu dewasa atau 41.6 peratus telah menerima dos penggalak vaksin termasuk 127,066 dos yang diberikan semalam.

Menurut data di laman COVIDNOW, seramai 22,909,192 individu atau 97.9 peratus populasi dewasa telah lengkap menerima suntikan vaksin manakala 23,188,245 individu atau 99.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sebanyak 78.6 peratus atau 25,684,153 daripada populasi keseluruhan telah menerima dua dos suntikan vaksin manakala 79.7 peratus atau 26,050,060 menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, seramai 2,774,961 individu atau 88.2 peratus telah melengkapkan vaksinasi manakala 2,861,715 individu atau 91 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Semalam, sebanyak 129,597 dos vaksin telah diberikan membabitkan 1,043 dos pertama dan 1,488 dos lengkap menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) 61,275,453.

Related posts

Leave a Comment