Brunei catat 29 kes baharu

BERAKAS 18 Jan. – Sebanyak 29 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan di Brunei Darussalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 15,986 orang, kata Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar.

 Bercakap pada satu sidang media hari ini, beliau memberitahu daripada jumlah tersebut, sebanyak 24 adalah kes tempatan, manakala lima lagi adalah kes import.

Katanya, jumlah kes baharu ini adalah hasil daripada 2,380  jumlah ujian makmal, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu dan kadar kes positif pada hari ini ialah sebanyak 1.2 peratus.

 Dalam kalangan kes-kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, satu kes dalam Kategori 4, iaitu memerlukan bantuan oksigen dan di bawah rawatan rapi, manakala tidak ada kes dalam Kategori 5.

 Menurut beliau lagi, sebanyak 34 kes disahkan sembuh pada hari ini, yang membawa jumlah kes sembuh, di Brunei Darussalam meningkat kepada 15,506 kes, manakala jumlah kes aktif ialah sebanyak 378 kes.

 Kadar pengisian di Pusat-pusat Pengasingan, di seluruh negara atau ‘bed occupancy rate’ ialah sebanyak 8.9 peratus.

 Bagi pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan, setakat 18 Januari 2022, kadar keseluruhan penduduk yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin adalah 94.7 peratus.

 Manakala kadar bagi yang menerima dua dos vaksin ialah 93.8 peratus dan sebanyak 34.7 peratus pula, bagi yang menerima tiga dos vaksin.

Related posts

Leave a Comment