Filipina catat 22,958 kes baharu

MANILA 19 Jan. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 22,958 kes baharu Covid-19 hari ini, kurang daripada 28,471 yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 3,293,625.

Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 36,611 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 2,969,853 orang atau 90.2 peratus daripada keseluruhan kes.

Dalam tempoh yang sama, 82 individu meninggal dunia dan ini meningkatkan jumlah kematian kepada 53,044 orang.

Daripada jumlah kes yang dicatatkan dalam negara, sebanyak 8.2 peratus atau 270,728 adalah kes aktif.

Related posts

Leave a Comment