1,615 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 19 Jan. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 1,615 kes baharu Covid-19 dan satu kematian di Singapura setakat pukul 12 tengah hari Ini termasuk 410 kes import.

Angka harian itu menunjukkan satu peningkatan berbanding 1,448 yang direkodkan semalam dan ini menjadikan jumlah keseluruhan 296,077 dan 844 kematian.

Menurut MoH, sebanyak 1,185 kes baharu varian Omicron disahkan hari ini iaitu 965 daripadanya adalah jangkitan tempatan manakala 220 adalah kes import.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 1,205 adalah kes dalam masyarakat, dan 410 kes import.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 1.96, naik berbanding 1.76 pada 18 Januari lalu.

Sementara itu, seramai 281 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 247 semalam, 18 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan 13 dipantau rapi di ICU.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 686 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Sementara itu, setakat Selasa, 91 peratus penduduk Singapura yang layak sudah melengkapkan rejimen vaksinasi mereka di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment