Thailand catat 7,122 kes baharu

BANGKOK 19 Jan. – Jumlah kes harian jangkitan baharu Covid-19 di Thailand menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 7,122 kes berbanding 6,397 yang direkodkan semalam.

Bagaimanapun jumlah kematian yang direkodkan hari ini adalah 12, lebih rendah berbanding 18 yang meninggal dunia semalam.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, individu yang direkodkan meninggal dunia berumur antara 32 dan 94 tahun di mana tujuh daripada 12 kes ini tidak divaksin

Bangkok masih mendahului kes jangkitan dengan 820 diikuti 601 di Samut Prakan, Chon Buri 506, Phuket 383, Nonthaburi 319, Khon Kaen 313, Pathum Thani 250,

Samut Sakhon 185, Ubon Ratchathani 166 dan Rayong 156.

Sebanyak 7,460 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih sebanyak 2,241,363.

Sementara itu, Dewan Bandaraya Bangkok membatalkan sambutan Tahun Baharu Cina yang biasanya diadakan di Yaowarat atau Bangkok China Town bagi membendung penularan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment