Virus Covid-19 tidak berakhir

VIRUS Covid-19 tidak akan berakhir tahun ini, sebaliknya ia akan menjadi sebahagian daripada ekosistem, kata Pengarah Eksekutif Program Kecemasan Kesihatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Michael Ryan.

“Apa yang boleh kita akhiri adalah tahap kecemasan kesihatan awam. Isunya adalah kematian, kemasukan ke hospital, ia ada kaitan dengan kecelaruan sosial, ekonomi, sistem politik yang menyebabkan tragedi ini, bukan virus,” katanya.

Beliau juga menjelaskan endemik tidak bermaksud segala-galanya akan berakhir kerana endemik malaria dan beberapa penyakit yang lain juga membunuh banyak nyawa.

“Kita bercakap tentang pandemik lawan endemik. Perkataan endemik itu, endemik malaria membunuh ratusan ribu manusia. Endemik tidak membawa maksud baik.

“Endemik maksudnya ia akan berada di sini selamanya. Apa yang perlu kita lakukan mengurangkan kematian dengan melakukan vaksinasi sebanyak-banyaknya,” katanya pada forum secara maya Memenuhi Cabaran Ekuiti Vaksin di Forum Ekonomi Dunia semalam..

Beliau berkata bagaimana masyarakat bertindak balas terhadap virus Covid-19 akan menentukan sejauh mana pandemik ini akan menjadi tragedi atau sebaliknya.

Related posts

Leave a Comment