Kes harian Malaysia turun

PUTRAJAYA 17 Jan. – Selepas enam hari merekodkan lebih 3,000 kes harian, jumlah kes jangkitan Covid-19 hari ini menunjukkan penurunan dengan mencatatkan 2,342 kes setakat pukul 12 tengah hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kini meningkat kepada 2,810,689 kes. Daripada jumlah yang dilaporkan hari ini, sejumlah 98.5 peratus adalah pesakit Covid-19 kategori satu dan dua iaitu tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan. Menurut Dr.Noor Hisham, sebanyak 1.5 peratus kes yang dikesan hari ini adalah dalam kategori tiga hingga lima iaitu mempunyai…

Read More

Tambahan kes rendah di Saudi

RIYADH 17 Jan. – Arab Saudi terus mencatatkan peningkatan kes harian iaitu 5,505 kes, turun sedikit berbanding 5,477 yang direkodkan semalam. Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh 24 jam juga, jumlah kematian masih rendah iaitu dua orang. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 620,935 dengan jumlah kematian 8,908 orang. Sebanyak 4,349 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 yang yang membawa kepada jumlah keseluruhan 569,296 orang. Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 388 pesakit dilaporkan kritikal.

Read More

DoH rekod 37,070 kes baharu

MANILA 17 Jan. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini merekodkan 37,070 kes baharu Covid-19, turun sedikit berbanding 37,154 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kini meningkat kepada 3,242,374. Sehingga pukul 4 petang ini juga, sebanyak 23 lagi kematian baharu direkodkan dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan yang meninggal dunia mencapai 52,929 orang. Sementara itu, jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 33,940 orang berbanding 30,037 seperti direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,898,507 orang pulih atau 89.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Daripada jumlah kes yang dicatatkan dalam negara, sebanyak 9.0 peratus…

Read More

Tangguh endemik dua ketiga minggu

KUALA LUMPUR 17 Jan. – Tempoh peralihan negara dari fasa pandemik ke endemik dijangka ditangguhkan dua hingga ke tiga minggu berdasarkan perkembangan situasi semasa, kata Menteri Kanan Pertahanan, Hishammuddin Tun Hussein. Katanya, penangguhan dibuat setelah mengambil kira kesan pasca banjir, varian Omicron serta kes melibatkan pengembara dari Arab Saudi. “Dari segi fasa peralihan ke endemik, ianya fasa sementara dalam 2-3 minggu sahaja, sebab saya nak menerima laporan daripada kesan banjir, varian Omicron dan kes pengembara baru balik dari Arab Saudi,” katanya. Beliau berkata, pada Mesyuarat Kuartet Covid-19 akan datang minggu…

Read More

Thailand catat 6,929 kes baharu

BANGKOK 17 Jan. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 berkurangan hari ini dengan merekodkan 6,929 kes dalam tempoh 24 jam berbanding 8,077 yang direkodkan semalam. Sebanyak 13 kematian dilaporkan, meningkat sedikit berbanding semalam sebanyak sembilan kes. Bangkok merekodkan satu kes baharu kematian di samping Samut Prakan (1) dan Prachuap Khiri Khan (1), Buri Ram (2), Khon Kaen (1), Nakhon Ratchasima (1), Si Sa Ket (1) Udon Thani (1); Yala (1), Chiang Mai (2) and Chiang Rai (1). Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak  6,713 adalah kes dalam kalangan orang awam,…

Read More

9.3 juta ambil dos penggalak

PUTRAJAYA 17 Jan. – Sebanyak 145,922 dos penggalak diberikan semalam menjadikan jumlah penerima dos berkenaan setakat malam tadi meningkat kepada 9,364,326 orang. Berdasarkan data di laman COVIDNOW,  sebanyak 22,903,466 individu atau 97.8 peratus daripada populasi dewasa negara telah melengkapkan vaksinasi manakala 23,183,820 individu atau 99 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi populasi keseluruhan, sebanyak 78.6 peratus atau 25,677,200 melengkapkan vaksinasi mereka manakala 79.7 peratus atau 26,045,409 menerima sekurang-kurangnya satu dos. Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,773,734 atau 88.1 peratus daripada kumpulan itu telah lengkap menerima…

Read More

1 bilion vaksin ke 144 negara

GENEVA 17 Jan. – Sebanyak 1 bilion vaksin diagihkan kepada 144 negara di bawah program COVAX, inisiatif vaksin Covid-19 antarabangsa yang digerakkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). WHO dalam satu kenyataan semalam, Ahad menjelaskan 36 negara anggota menyaksikan kadar vaksinasi kurang 10 peratus manakala 88 negara anggota kurang daripada 40 peratus setakat Khamis. Untuk rekod, COVAX yang dilancarkan pada April 2020 merupakan inisiatif operasi perolehan dan pembekalan vaksin terbesar dalam sejarah. COVAX diketuai bersama oleh Global Alliance for Vaccines and Immunization (GAVI) dan Coalition for Epidemic Preparedness Innovations (CEPI) yang…

Read More

12 lagi kematian baharu

PUTRAJAYA 17 Jan. – Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan 12 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 31,793 orang, daripada 2.8 juta kes positif yang dikesan di negara ini. Menurut data di portal COVIDNOW, tiada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID). Kes kematian yang dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa. Sementara itu, terdapat 41,199 kes aktif Covid-19 di…

Read More

Kluster asrama di Tambunan

KOTA KINABALU 17 Jan. – Seorang pelajar yang tinggal di dalam asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tambunan di sini, mencetuskan kluster baharu Covid-19 membabitkan institusi pendidikan di Sabah. Kluster Jalan Kepayan Lama-Tambunan itu tercetus selepas pelajar lelaki berumur 18 tahun berkenaan didapati positif Covid-19 selepas menjalani ujian kendiri dan ujian pengesahan Covid-19 RTK-Antigen pada 13 dan 14 Januari lalu selepas bergejala sejak 9 Januari lalu. Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Masidi Manjun, berkata ujian saringan kemudiannya dibuat ke atas kontak rapat dalam kalangan rakan seasrama dan mendapati seramai 34 orang…

Read More