1 bilion vaksin ke 144 negara

GENEVA 17 Jan. – Sebanyak 1 bilion vaksin diagihkan kepada 144 negara di bawah program COVAX, inisiatif vaksin Covid-19 antarabangsa yang digerakkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

WHO dalam satu kenyataan semalam, Ahad menjelaskan 36 negara anggota menyaksikan kadar vaksinasi kurang 10 peratus manakala 88 negara anggota kurang daripada 40 peratus setakat Khamis.

Untuk rekod, COVAX yang dilancarkan pada April 2020 merupakan inisiatif operasi perolehan dan pembekalan vaksin terbesar dalam sejarah.

COVAX diketuai bersama oleh Global Alliance for Vaccines and Immunization (GAVI) dan Coalition for Epidemic Preparedness Innovations (CEPI) yang merupakan salah satu daripada tiga akses utama kepada pembekalan alatan Covid-19.

Ia menggabungkan kerajaan, organisasi kesihatan global, pengilang, saintis, sektor swasta, masyarakat sivil dan dermawan bertujuan menyediakan akses inovatif dan saksama kepada diagnostik, rawatan dan vaksin Covid-19.

Related posts

Leave a Comment