12 lagi kematian baharu

PUTRAJAYA 17 Jan. – Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan 12 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 31,793 orang, daripada 2.8 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, tiada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian yang dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 41,199 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada

jumlah itu, 33,784 individu atau 82 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 4,080 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,153 kes dirawat di hospital dan 182 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 99 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 83 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment