Thailand catat 6,929 kes baharu

BANGKOK 17 Jan. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 berkurangan hari ini dengan merekodkan 6,929 kes dalam tempoh 24 jam berbanding 8,077 yang direkodkan semalam.

Sebanyak 13 kematian dilaporkan, meningkat sedikit berbanding semalam sebanyak sembilan kes.

Bangkok merekodkan satu kes baharu kematian di samping Samut Prakan (1) dan Prachuap Khiri Khan (1), Buri Ram (2), Khon Kaen (1), Nakhon Ratchasima (1), Si Sa Ket (1) Udon Thani (1); Yala (1), Chiang Mai (2) and Chiang Rai (1).

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak  6,713 adalah kes dalam kalangan orang awam, tujuh penghuni penjara dan 209 kes import.

Bangkok juga merekodkan kes harian tertinggi dengan 722 kes diikuti Samut Prakan 656, Chon Buri 454,Phuket 389, Nonthaburi 386, Khon Kaen 290, Ubon Ratchathani 210, Pathum Thani 199, Chiang Mai 193 dan 182 di Nakhon Si Thammarat.

Semalam, Ahad sebanyak 82,210 orang mendapatkan rawatan Covid-19 di hospital  termasuk 533 dalam keadaan kritikal dan 108 memerlukan bantuan ventilator.

Sebanyak 5,255 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

Related posts

Leave a Comment