DoH rekod 37,070 kes baharu

MANILA 17 Jan. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini merekodkan 37,070 kes baharu Covid-19, turun sedikit berbanding 37,154 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kini meningkat kepada 3,242,374.

Sehingga pukul 4 petang ini juga, sebanyak 23 lagi kematian baharu direkodkan dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan yang meninggal dunia mencapai 52,929 orang.

Sementara itu, jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 33,940 orang berbanding 30,037 seperti direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,898,507 orang pulih atau 89.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Daripada jumlah kes yang dicatatkan dalam negara, sebanyak 9.0 peratus atau 290,938 adalah kes aktif.

Related posts

Leave a Comment