Tambahan kes rendah di Saudi

RIYADH 17 Jan. – Arab Saudi terus mencatatkan peningkatan kes harian iaitu 5,505 kes, turun sedikit berbanding 5,477 yang direkodkan semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh 24 jam juga, jumlah kematian masih rendah iaitu dua orang.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 620,935 dengan jumlah kematian 8,908 orang.

Sebanyak 4,349 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 yang yang membawa kepada jumlah keseluruhan 569,296 orang.

Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 388 pesakit dilaporkan kritikal.

Related posts

Leave a Comment