9.3 juta ambil dos penggalak

PUTRAJAYA 17 Jan. – Sebanyak 145,922 dos penggalak diberikan semalam menjadikan jumlah penerima dos berkenaan setakat malam tadi meningkat kepada 9,364,326 orang.

Berdasarkan data di laman COVIDNOW,  sebanyak 22,903,466 individu atau 97.8 peratus daripada populasi dewasa negara telah melengkapkan vaksinasi manakala 23,183,820 individu atau 99 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi keseluruhan, sebanyak 78.6 peratus atau 25,677,200 melengkapkan vaksinasi mereka manakala 79.7 peratus atau 26,045,409 menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,773,734 atau 88.1 peratus daripada kumpulan itu telah lengkap menerima vaksin Covid-19 manakala 2,861,589 atau 90.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam sebanyak 147,655 dos suntikan vaksin diberikan menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 60,884,363.

Related posts

Leave a Comment