Tangguh endemik dua ketiga minggu

KUALA LUMPUR 17 Jan. – Tempoh peralihan negara dari fasa pandemik ke endemik dijangka ditangguhkan dua hingga ke tiga minggu berdasarkan perkembangan situasi semasa, kata Menteri Kanan Pertahanan, Hishammuddin Tun Hussein.

Katanya, penangguhan dibuat setelah mengambil kira kesan pasca banjir, varian Omicron serta kes melibatkan pengembara dari Arab Saudi.

“Dari segi fasa peralihan ke endemik, ianya fasa sementara dalam 2-3 minggu sahaja, sebab saya nak menerima laporan daripada kesan banjir, varian Omicron dan kes pengembara baru balik dari Arab Saudi,” katanya.

Beliau berkata, pada Mesyuarat Kuartet Covid-19 akan datang minggu depan, beliau akan menerima taklimat daripada KKM, MOFA untuk dibentangkan kepada Jawatankuasa Khas Covid-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri (PM).

“PM akan mengumumkan bila tarikh sebenarnya kita mula beralih ke fasa endemik,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan Amanat Menteri Kanan Pertahanan di Kem Sungai Besi hari ini.

Jelasnya, tindakan negara beralih ke fasa endemik tidak dilakukan sembrono, sebaliknya langkah berhati hati perlu diambil dalam memastikan setiap asas yang ditetapkan dipatuhi masyarakat.

Related posts

Leave a Comment