Kes harian Saudi melebihi 4,000

RIYADH 10 Jan. – Selepas lima hari berturut-turut merekodkan kes jangkitan harian Covid-19 melebihi 3,000 kes, Arab Saudi hari ini merekodkan peningkatan kes dengan melebihi 4,000 kes. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, jumlah terkini adalah 4,778 kes berbanding 3,068 yang direkodkan pada 8 Januari. Peningkatan kes bermula pada 5 Januari lalu dengan 3,045 kes dan meningkat kepada 3,168 pada 6 Januari dan 3,575 pada 7 Januari Dua lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 583,531 kes dengan jumlah kematian pula 8,895 orang. Sebanyak 893 kes pesakit…

Read More

5,397 kes varian Omicron di Thailand

BANGKOK 10 Jan. – Selepas mencatatkan 8,511 kes semalam, Thailand hari ini merekodkan 7,926 kes termasuk 412 kes import dan 13 kematian, menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan sebanyak 2,277,476 dan 21,838 orang meninggal dunia. Daripada 7,926 kes baharu itu, sebanyak 7,731 kes kalangan orang awam, 195 penghuni penjara dan 412 kes import. Sebanyak 767 kes direkodkan di Chon Buri diikuti Samut Prakan 693, Bangkok 534, Phuket 513, Ubon Ratchathani 383, Nonthaburi 261, Nakhon Si Thammarat 227, Khon Kaen 203, Chiang Mai 200 dan Udon Thani 182. Sementara itu, Thailand mencatatkan 5,397…

Read More

30 peratus kematian sudah divaksin

SINGAPURA 10 Jan. – Individu yang sudah lengkap divaksin membentuk 30 peratus atau 247 daripada 802 kematian Covid-19 yang dilaporkan di Singapura tahun lalu, manakala 555 lagi tidak lengkap divaksin, kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung. Menurut angka kematian yang dibentangkan Ong itu, kebanyakan daripada kematian akibat Covid-19 itu menerima vaksin bukan mRNA. Bercakap di Parlimen,  Ong memberitahu 11 kematian bagi setiap 100,000 bagi yang divaksinasi dengan Sinovac, 7.8 bagi setiap 100,000 untuk Sinopharm, 6.2 bagi setiap 100,000 untuk Pfizer-BioNTech, dan 1 bagi setiap 100,000 bagi Moderna. Katanya, perangkaan ini…

Read More

Kes di Filipina lepasi 30,000

MANILA 10 Jan. – Selepas tiga hari kes harian melebihi 20,000, Filipina hari ini menyaksikan lonjakan melebihi 30,000 kes dengan merekodkan 33,169, satu peningkatan berbanding 28,707 semalam. Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), jumlah kematian juga menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 145 kes berbanding semalam sebanyak 15 meninggal dunia. Dengan perkembangan ini, sehingga pukul 4 petang, sebanyak 2,998,530 kes direkodkan Filipina dengan jumlah kumulatif yang meninggal dunia meningkat kepada 52,293 orang. Bagaimanapun, terdapat peningkatan kes sembuh apabila jumlah pesakit pulih meningkat kepada 3,725 berbanding 2,579 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh…

Read More

78.5 % populasi lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 10 Jan. – Sebanyak 78.5 peratus populasi negara atau 25,647,708 individu telah menerima suntikan lengkap vaksin Covid-19 setakat semalam, manakala 79.6 peratus atau 26,023,070 menerima sekurang-kurangnya satu dos. Berdasarkan data laman web COVIDNOW, sebanyak 23.9 peratus atau 7,809,058 telah mendapatkan dos penggalak termasuk melibatkan 107,848 individu semalam. Bagi populasi dewasa pula, sebanyak 97.7 peratus atau 22,881,770 telah lengkap vaksinasi manakala 98.9 peratus atau 23,166,772 menerima sekurang-kurangnya satu dos, Dalam tempoh yang sama, sebanyak 87.9 peratus atau 2,765,938 telah lengkap vaksinasi  dan 90.8 peratus atau 2,856,298 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.…

Read More

Jumlah kes harian Malaysia kurang

PUTRAJAYA 10 Jan. – Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan sebanyak 2,641 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari ini, berkurangan berbanding 2,888 yang direkodkan semalam. Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah, dalam kenyataannya, berkata ia menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara ini sebanyak 2,788,860 kes. Daripada jumlah 2,641 kes baharu yang dilaporkan, sebanyak 2,303 daripadanya adalah kes tempatan, manakala 338 lagi kes import. Sebanyak 253 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan ia membabitkan 211 kes disahkan Covid-19, manakala 42 lagi kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam…

Read More

Deltacron varian baharu?

CYPRUS: Para saintis di Cyprus dilapor menemui varian terbaharu Covid-19 yang dikenali sebagai varian Deltacron, yang merupakan gabungan antara varian Delta dan Omicron. Sebanyak 25 kes dikesan setakat ini berkaitan varian Deltacron, Profesor Sains Biologi Universiti Cyprus, Leondios Kostrikis memberitahu Sigma TV, terdapat jangkitan yang menggabungkan varian Omicron dan Delta yang dikesan saintis di Makmal Bioteknologi dan Virologi Molekul. Mereka turut mendapati varian tersebut lebih mudah menjangkiti individu yang sedang dirawat di hospital akibat Covid-19, berbanding pesakit yang tidak dirawat di hospital. “Kami sedang mengkaji adakah varian ini lebih mudah…

Read More

Februari tarikh akhir suntik penggalak

ATHENS: Greece menetapkan Februari sebagai tarikh akhir untuk penduduk negara itu mendapatkan suntikan dos penggalak dan akan melarang penduduk tanpa dos penggalak daripada memasuki sebahagian besar tempat tertutup.  Menteri Kesihatan Thanos Plevris berkata, mulai 1 Februari, mereka yang belum mendapatkan suntikan dos penggalak selepas tujuh bulan (dari tarikh suntikan dos kedua) akan disifatkan sebagai belum lengkap divaksin. Sijil vaksinasi mereka akan kekal sah, kerana ia adalah sijil Eropah yang sah bagi tempoh selama sembilan bulan. Bagaimanapun mereka tidak akan mendapat keistimewaan dan kelebihan untuk memasuki tempat-tempat tertutup dan melakukan kegiatan-kegiatan…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.98

PUTRAJAYA 10 Jan. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 negara meningkat 0.01 kepada 0.98 semalam berbanding 0.97 pada Sabtu lalu. Berdasarkan data dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya hari ini, lima negeri merekodkan kadar Rt tertinggi melebihi 1.00. Sabah mendahului dengan mencatatkan kadar Rt 1.07, diikuti Melaka 1.03, Kuala Lumpur 1.06, Labuan 1.19 dan Negeri Sembilan 1.02 dan Kedah 1.00. Sementara itu, negeri lain yang mencatatkan Rt melebihi 0.90 ialah Selangor 0.99, Pulau Pinang 0.95, Johor 0.97, Kelantan 0.96, Putrajaya 0.96, Pahang 0.99 dan Perlis…

Read More