Kes di Filipina lepasi 30,000

MANILA 10 Jan. – Selepas tiga hari kes harian melebihi 20,000, Filipina hari ini menyaksikan lonjakan melebihi 30,000 kes dengan merekodkan 33,169, satu peningkatan berbanding 28,707 semalam.

Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), jumlah kematian juga menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 145 kes berbanding semalam sebanyak 15 meninggal dunia.

Dengan perkembangan ini, sehingga pukul 4 petang, sebanyak 2,998,530 kes direkodkan Filipina dengan jumlah kumulatif yang meninggal dunia meningkat kepada 52,293 orang.

Bagaimanapun, terdapat peningkatan kes sembuh apabila jumlah pesakit pulih meningkat kepada 3,725 berbanding 2,579 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh 2,788,711 orang.

Daripada jumlah kes yang direkodkan di negara ini, sebanyak 5.3 peratus atau 157,526 adalah kes aktif.

Related posts

Leave a Comment