78.5 % populasi lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 10 Jan. – Sebanyak 78.5 peratus populasi negara atau 25,647,708 individu telah menerima suntikan lengkap vaksin Covid-19 setakat semalam, manakala 79.6 peratus atau 26,023,070 menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Berdasarkan data laman web COVIDNOW, sebanyak 23.9 peratus atau 7,809,058 telah mendapatkan dos penggalak termasuk melibatkan 107,848 individu semalam.

Bagi populasi dewasa pula, sebanyak 97.7 peratus atau 22,881,770 telah lengkap vaksinasi manakala 98.9 peratus atau 23,166,772 menerima sekurang-kurangnya satu dos,

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 87.9 peratus atau 2,765,938 telah lengkap vaksinasi  dan 90.8 peratus atau 2,856,298 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, statistik harian menunjukkan 110,258 dos vaksin diberikan semalam membabitkan 910 dos pertama, 1,500 dos lengkap dan 107,848 dos penggalak.

Related posts

Leave a Comment