Jumlah kes harian Malaysia kurang

PUTRAJAYA 10 Jan. – Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan sebanyak 2,641 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari ini, berkurangan berbanding 2,888 yang direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah, dalam kenyataannya, berkata ia menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara ini sebanyak 2,788,860 kes.

Daripada jumlah 2,641 kes baharu yang dilaporkan, sebanyak 2,303 daripadanya adalah kes tempatan, manakala 338 lagi kes import.

Sebanyak 253 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan ia membabitkan 211 kes disahkan Covid-19, manakala 42 lagi kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 106 kes memerlukan bantuan pernafasan dengan 74 daripadanya disahkan Covid-19, manakala 32 lagi membabitkan kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.

Sebanyak 2,808 kes dilaporkan sembuh.

Empat kluster baharu dikesan menjadikan jumlah kluster aktif setakat ini sebanyak 169 kluster. Daripada jumlah kes positif yang dilaporkan, 57 daripadanya membabitkan kategori 3, 4 dan 5, manakala bakinya dalam kategori 1 dan 2.

Mengulas situasi semasa banjir, beliau berkata, tiada kes baharu Covid-19 direkodkan di seluruh 43 pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi setakat jam 3 petang ini.

Setakat ini, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di PPS adalah sebanyak 15 kes manakala 23 kes penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir hari ini.

Ia membabitkan empat kes jangkitan saluran pernafasan akut, penyakit kulit (10) dan Acute Gastroenteritis (9).

Related posts

Leave a Comment