4,563 kes baharu Covid-19

SINGAPURA 2 April – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 4,563‬ kes baharu Covid-19  setakat pukul 12.00 tengah hari Sabtu yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,106,001 kes.

Daripada jumlah itu, ia terdiri  daripada 4,472‬‬ ‬jangkitan tempatan dan 91‬‬ kes import manakala dua kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 1,272 orang meninggal dunia.

Sebanyak 3,856 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Ia terdiri daripada  79 kes import dan 3,777 jangkitan tempatan.

Sebanyak 707 kes lagi disahkan menerusi ujian PCR iaitu 695 adalah jangkitan tempatan manakala 12 adalah kes import.

Sementara itu, seramai 512 pesakit masih dirawat di hospital, merosot berbanding 585 semalam di mana 64 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan 22 dipantaurapi di ICIU.

Pada masa yang sama, sebanyak 5,742 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Related posts

Leave a Comment