Kadar kebolehjangkitan 0.98

PUTRAJAYA 10 Jan. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 negara meningkat 0.01 kepada 0.98 semalam berbanding 0.97 pada Sabtu lalu.

Berdasarkan data dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya hari ini, lima negeri merekodkan kadar Rt tertinggi melebihi 1.00.

Sabah mendahului dengan mencatatkan kadar Rt 1.07, diikuti Melaka 1.03, Kuala Lumpur 1.06, Labuan 1.19 dan Negeri Sembilan 1.02 dan Kedah 1.00.

Sementara itu, negeri lain yang mencatatkan Rt melebihi 0.90 ialah Selangor 0.99, Pulau Pinang 0.95, Johor 0.97, Kelantan 0.96, Putrajaya 0.96, Pahang 0.99 dan Perlis 0.95.

Hanya Sarawak dan Terengganu mencatatkan bacaan Rt terendah iaitu masing-masing 0.87.

Related posts

Leave a Comment