Kes harian Saudi melebihi 4,000

RIYADH 10 Jan. – Selepas lima hari berturut-turut merekodkan kes jangkitan harian Covid-19 melebihi 3,000 kes, Arab Saudi hari ini merekodkan peningkatan kes dengan melebihi 4,000 kes.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, jumlah terkini adalah 4,778 kes berbanding 3,068 yang direkodkan pada 8 Januari.

Peningkatan kes bermula pada 5 Januari lalu dengan 3,045 kes dan meningkat kepada 3,168 pada 6 Januari dan 3,575 pada 7 Januari

Dua lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 583,531 kes dengan jumlah kematian pula 8,895 orang.

Sebanyak 893 kes pesakit sembuh dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 547,507 orang.

Kementerian juga memaklumkan dalam kalangan kes aktif, sebanyak 154 orang dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment