Deltacron varian baharu?

CYPRUS: Para saintis di Cyprus dilapor menemui varian terbaharu Covid-19 yang dikenali sebagai varian Deltacron, yang merupakan gabungan antara varian Delta dan Omicron.

Sebanyak 25 kes dikesan setakat ini berkaitan varian Deltacron,

Profesor Sains Biologi Universiti Cyprus, Leondios Kostrikis memberitahu Sigma TV, terdapat jangkitan yang menggabungkan varian Omicron dan Delta yang dikesan saintis di Makmal Bioteknologi dan Virologi Molekul.

Mereka turut mendapati varian tersebut lebih mudah menjangkiti individu yang sedang dirawat di hospital akibat Covid-19, berbanding pesakit yang tidak dirawat di hospital.

“Kami sedang mengkaji adakah varian ini lebih mudah berjangkit berbanding varian yang ada ketika ini,” katanya.

Para saintis turut melaporkan dua simptom berbeza yang ditunjukkan pesakit iaitu konjunktivitis atau ‘pink eye’ dan keguguran rambut.

Related posts

Leave a Comment