Thailand catat 3,112 kes

BANGKOK 2 Jan. – Hari keempat berturut-turut, Thailand terus merekodkan kes harian melebihi 3,000 apabila mencatatkan 3,112 kes berbanding 3,011 semalam serta 3,111 (31 Dis.) dan 3,037 (30;Dis.). Menurut Kementerian Kesihatan Awam, sebanyak 12 kematian direkodkan berbanding 10 yang meninggal dunia semalam manakala 2,921 pesakit Covid-19 sembuh dan dibenarkan keluar hospital. Ini menjadikan jumlah keseluruhan 21,720 orang meninggal dunia manakala kes terkumpul pula meningkat kepada 2,229,558 dan 2,174,730 pesakit sembuh. Daripada 3,112 kes, sebanyak 149 adalah kes import dan dua dalam kalangan banduan sementara yang lain orang awam. Chonburi merekodkan…

Read More

Kes harian Malaysia turun

PUTRAJAYA 2 Jan. – Kes harian Covid-19 menunjukkan sedikit penurunan apabila 2,882 kes positif baharu dilaporkan, berbanding 3,386 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 2,764,354 kes setakat ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada bilangan kes yang dilaporkan hari ini, sebanyak 2,549 adalah penularan tempatan, membabitkan 2,478 atau 97.2 peratus warganegara dan 71 atau 2.8 peratus bukan warganegara. Beliau berkata, KKM turut mengesan sebanyak 333 kes import yang membabitkan 313 warganegara dan 20 lagi warga asing. Daripada 2,882 kes harian yang dilaporkan pada hari ini sebanyak 49 kes atau…

Read More

JANGAN ROSAKKAN ‘PAYUNG’ ITU

PAPA lagi alasan yang boleh digunakan untuk mewajarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terkesan akibat banjir mengeluarkan simpanan mereka? Elok tunggu dulu daripada terus mendesak mahu mengeluarkan caruman. Ini kerana keseluruhan pemberian tunai oleh kerajaan kepada mangsa banjir boleh mencecah RM10,000 bagi setiap ketua isi rumah. Bertahan dulu, berbelanja dengan apa yang ada. Dengan sikap prihatin rakyat Malaysia, ambil apa yang diberi. Musibah sudah berlaku. Orang Melayu yang sering diperingatkan dengan pelbagai peribahasa atau perumpamaan perlu lebih berhati-hati. KWSP umpama ‘sediakan payung sebelum hujan’. Tetapi sekarang bukan lagi…

Read More

Kes baharu Filipina 4,600

MANILA 2 Jan. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 4,600 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,851,931. Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 535 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada 2,778,943 orang pulih atau 97.4 peratus daripada keseluruhan kes. Jumlah kematian pula meningkat kepada 51,570 orang selepas 25 lagi individu meninggal dunia. Kes aktif pula menunjukkan peningkatan apabila 21,418 kes direkodkan berbanding 17,374 yang direkodkan semalam.

Read More

Elak sistem kesihatan lumpuh

PUTRAJAYA 2 Jan. – Kerajaan berusaha memperlahankan penularan gelombang Omicron yang berkemungkinan besar bermula di Malaysia bagi menangani risiko sistem kesihatan awam menjadi lumpuh, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Beliau sehubungan itu memberitahu, Malaysia meletakkan sandaran kepada beberapa ‘perisai’ ampuh seperti memperluaskan liputan dos penggalak, pemakaian pelitup muka dan sistem pengudaraan yang baik sebagai antara langkah memperlahankan penularan Omicron. “TRIIS (uji, lapor, pengasingan, maklumkan, dapatkan), MySJ Trace dan kawalan pintu masuk antarabangsa juga antara langkah yang diambil kerajaan. “Ada yang rujuk data kesan Omicron tidak seteruk Delta. Nampak begitu. Tetapi…

Read More

Arab Saudi catat 1,024 kes

RIYADH 2 Jan. – Kementerian Kesihatan (MoH) mengumumkan kes jangkitan harian Covid-19 melepasi angka 1,000 dengan merekodkan 1,024 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 558,106 kes. Angka itu jelas menunjukkan peningkatan yang berterusan dalam tempoh yang singkat setelah merekodkan 846 semalam dan sebelum itu 819 dan 752. Pada satu ketika Arab Saudi bertahan dengan angka harian sekitar 50 kes tetapi meningkat kepada 100 seterusnya sehingga melebihi 500 kes. Bagaimanapun jumlah kematian hanya seorang, sama seperti semalam dan beberapa hari sebelum ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian yang direkodkan setakat ini adalah 8,879…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.99

PUTRAJAYA 2 Jan.  – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara naik kepada 0.99 semalam berbanding 0.98 pada hari sebelumnya. Tiada negeri yang melepasi kadar 1.00 atau mengatasi kadar purata kebangsaan itu kecuali Kelantan yang menyamai kadar 0.99. Ini diikuti Johor 0.98, Kedah 0.97, Terengganu 0.97, Sabah 0.96, Perak 0.94, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang masing-masing 0.93, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.92, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan 0.90. Selangor 0.89, Perlis 0.86, Wilayah Persekutuan Labuan 0.80 dan Sarawak 0.76.

Read More

22,859,803 dewasa lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 2 Jan. – Sebanyak 22,859,803 individu atau 97.7 peratus populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, dan 23,151,949 atau 98.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Berdasarkan data laman COVIDNOW, sehingga malam tadi juga, sebanyak 78.4 peratus atau 25,616,109 daripada populasi keseluruhan lengkap vaksinasi dan 79.6 peratus atau 25,999,743 menerima sekurang-kurangnya satu dos. Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 87.6 peratus atau 2,756,306 telah melengkapkan vaksinasi manakala 2,847,794 atau 90.5 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Dalam tempoh yang sama sebanyak…

Read More