Kadar kebolehjangkitan 0.99

PUTRAJAYA 2 Jan.  – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara naik kepada 0.99 semalam berbanding 0.98 pada hari sebelumnya.

Tiada negeri yang melepasi kadar 1.00 atau mengatasi kadar purata kebangsaan itu kecuali Kelantan yang menyamai kadar 0.99.

Ini diikuti Johor 0.98, Kedah 0.97, Terengganu 0.97, Sabah 0.96, Perak 0.94, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang masing-masing 0.93, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.92, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan 0.90.

Selangor 0.89, Perlis 0.86, Wilayah Persekutuan Labuan 0.80 dan Sarawak 0.76.

Related posts

Leave a Comment