Kes baharu Filipina 4,600

MANILA 2 Jan. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 4,600 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,851,931.

Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 535 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada 2,778,943 orang pulih atau 97.4 peratus daripada keseluruhan kes.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 51,570 orang selepas 25 lagi individu meninggal dunia.

Kes aktif pula menunjukkan peningkatan apabila 21,418 kes direkodkan berbanding 17,374 yang direkodkan semalam.

Related posts

Leave a Comment