Thailand catat 3,112 kes

BANGKOK 2 Jan. – Hari keempat berturut-turut, Thailand terus merekodkan kes harian melebihi 3,000 apabila mencatatkan 3,112 kes berbanding 3,011 semalam serta 3,111 (31 Dis.) dan 3,037 (30;Dis.).

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, sebanyak 12 kematian direkodkan berbanding 10 yang meninggal dunia semalam manakala 2,921 pesakit Covid-19 sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan 21,720 orang meninggal dunia manakala kes terkumpul pula meningkat kepada 2,229,558 dan 2,174,730 pesakit sembuh.

Daripada 3,112 kes, sebanyak 149 adalah kes import dan dua dalam kalangan banduan sementara yang lain orang awam.

Chonburi merekodkan 442 kes,  diikuti Bangkok 366, Ubon Ratchathani 304, Nakhon Si Thammarat 128, Khon Kaen 100, Samut Prakan 90, Chiang Mai 85, Phuket 84, Udon Thani 65 dan Rayong 57.

Kes import pula termasuk dari Amerika Syarikat 25, United Kingdom 18, Rusia 17 dan Jerman 16.

Pada Sabtu, sebanyak 33,108 orang mendapatkan rawatan di hospital dan daripada jumlah itu 562 kritikal dan 156 bergantung kepada ventilator.

Related posts

Leave a Comment