22,859,803 dewasa lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 2 Jan. – Sebanyak 22,859,803 individu atau 97.7 peratus populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, dan 23,151,949 atau 98.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Berdasarkan data laman COVIDNOW, sehingga malam tadi juga, sebanyak 78.4 peratus atau 25,616,109 daripada populasi keseluruhan lengkap vaksinasi dan 79.6 peratus atau 25,999,743 menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 87.6 peratus atau 2,756,306 telah melengkapkan vaksinasi manakala 2,847,794 atau 90.5 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam tempoh yang sama sebanyak 39,463 dos penggalak diberikan semalam menjadikan jumlah keseluruhan penerima dos itu meningkat kepada 6,329,155 orang atau 19.4 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Sementara itu, statistik harian menunjukkan sejumlah 40,729 dos vaksin telah diberikan semalam melibatkan 512 dos pertama, 754 dos lengkap dan 39,463 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 57,745,456 dos.

Related posts

Leave a Comment