Arab Saudi catat 1,024 kes

RIYADH 2 Jan. – Kementerian Kesihatan (MoH) mengumumkan kes jangkitan harian Covid-19 melepasi angka 1,000 dengan merekodkan 1,024 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 558,106 kes.

Angka itu jelas menunjukkan peningkatan yang berterusan dalam tempoh yang singkat setelah merekodkan 846 semalam dan sebelum itu 819 dan 752.

Pada satu ketika Arab Saudi bertahan dengan angka harian sekitar 50 kes tetapi meningkat kepada 100 seterusnya sehingga melebihi 500 kes.

Bagaimanapun jumlah kematian hanya seorang, sama seperti semalam dan beberapa hari sebelum ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian yang direkodkan setakat ini adalah 8,879 orang.

Sebanyak 298 orang pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam lepas yang membawa kepada jumlah keseluruhan sembuh 542,413 orang.

Sementara itu dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 69 dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment