Filipina lapor 10,623 kes baharu

MANILA 6 Ogos – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 10,623 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kini 1,638,345 kes.

Sehingga pukul 4 petang ini juga, jumlah kematian meningkat kepada 28,673 orang apabila 247 lagi pesakit meninggal dunia dikaitkan dengan Covid-19.

Sementara itu, sebanyak 3,127 pesakit dilaporkan sembuh hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan pulih meningkat kepada 1,535,375 orang atau 93.7 peratus daripada keseluruhan kes.

Di samping itu sebanyak 74,297 kes aktif dilaporkan.

Related posts

Leave a Comment