PUTRAJAYA 27 Dis. – Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan 19 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 31,334 orang, daripada 2.73 juta kes positif yang dikesan di negara ini. Menurut data di portal COVIDNOW, tiga daripada 19 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID). Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa. Sementara itu, terdapat 44,815 kes aktif Covid-19…
Read MoreMonth: December 2021
Malaysia beri 56,814,549 dos vaksin
PUTRAJAYA 27 Dis. – Sebanyak 62,022 dos penggalak vaksin Covid-19 diberikan semalam menjadikan jumlah keseluruhan penerima dos itu meningkat kepada 5,452,521 orang atau 16.7 peratus daripada populasi keseluruhan. Menurut data portal COVIDNOW, setakat semalam juga, sebanyak 78.3 peratus atau 25, 582,524 populasi keseluruhan melengkapkan vaksinasi manakala 79.5 peratus atau 25,975,901 mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Sebanyak 97.6 peratus atau 22,836,859 daripada populasi dewasa telah lengkap vaksinasi manakala, 98.9 peratus atau 23,135,883 orang menerima sekurang-kurangnya satu dos. Bagi populasi remaja pula, seramai 2,745,665 individu atau 87.2 peratus telah melengkapkan dua dos dan 90.2…
Read MoreMedia Hari Ini 27.12.2021
Peningkatan kes di Arab Saudi
RIYADH 26 Dis. – Kes harian jangkitan Covid-19 di Arab Saudi menunjukkan peningkatan apabila Kementerian Kesihatan melaporkan 389 kes baharu hari ini berbanding 325 yang direkodkan semalam. Ini merupakan hari ketiga berturut-turut, jumlah kes harian melebihi 300 apabila sejumlah 332 kes direkodkan pada 24 Disember lalu, berbanding hari sebelumnya sebanyak 287 kes. Jumlah kes harian mula menunjukkan peningkatan berbanding beberapa minggu sebelumnya yang merekodkan angka di bawah 100 dan 50 kes. Pada 10 Disember, angka yang direkodkan adalah 48 dan naik kepada 53 pada hari berikutnya, naik kepada 64 pada…
Read More433 kes baharu di Filipina
MANILA 26 Dis. – Jabatan Kesihatan (DoH) mencatatkan 433 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,838,640. Menurut DoH, sehingga pukul 4 petang semalam, sebanyak 283 kes pesakit sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,777,918 kes. Kes kematian pula meningkat kepada 51,200 orang termasuk 13 lagi yang dilaporkan meninggal dunia hari ini. Daripada jumlah kes yang direkodkan di negara ini, 0.3 peratus atau 9,522 adalah kes aktif, sedikit peningkatan berbanding 9,376 yang dilaporkan semalam.
Read MoreKes harian turun kepada 2,778
PUTRAJAYA 26 Dis. – Jumlah kes harian jangkitan Covid-19 kembali turun di bawah 3,000, dengan merekodkan 2,778 kes baharu hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Sebelum ini, sebanyak 2,589 jangkitan baharu dilaporkan pada 20 Disember lalu, iaitu kira-kira lapan bulan selepas kali terakhir merekodkan angka harian bawah 3,000 pada 26 April dengan 2,776 kes. Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang direkodkan negara setakat ini adalah sebanyak 2,741,179 kes. Daripada 2,778 kes, sebanyak 2,649 kes tempatan melibatkan 2,532 warganegara dan 117 bukan warganegara manakala 129 kes import melibatkan…
Read MoreSumbang kudrat, RM ! Bukan ‘sembang sumbang’
DI MEDIA sosial tidak habis lagi ‘kritikan dan sindiran’ dalam pelbagai bentuk terhadap apa yang didakwa kelewatan di pihak kerajaan menghulurkan bantuan terhadap mangsa banjir. Celik mata sahaja jari jemari pantas menghantar pelbagai kritikan dan sindiran sama ada dalam bentuk teks, foto, video dan sebagainya yang matlamatnya terarah kepada menyindir dan mengkritik. Alangkah baiknya tangan yang menulis macam-macam itu memegang sesuatu peralatan di lokasi banjir untuk membersih selut dan membuang ‘sampah’. Itu lebih baik daripada umpama menambah ‘selut’ dengan hantaran yang tidak membina, mencela dan lebih kepada menjejaskan imej, usaha…
Read MoreSatu kes positif Omicron Melaka
AYER KEROH 26 Dis. – Satu kes positif Covid-19 varian Omicron yang pertama di negeri ini dikesan melibatkan seorang wanita berusia 34 tahun yang pulang daripada mengerjakan umrah di Makkah, kata Exco Kesihatan dan Anti Dadah Negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh Beliau berkata, wanita terbabit disahkan positif varian itu selepas ujian jujukan genom (PCR) dilakukan Institut Penyelidikan dan Perubatan (IMR), semalam. Kes berada di sana dari 4 sehingga 15 Disember 2021 dan bertolak pulang dari Jeddah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz dengan pesawat Saudi Airlines SV3842 dan tiba di klia…
Read MoreDua kes Omicron di Johor
JOHOR BAHRU 26 Dis. – Dua kes Omicron dikesan di Johor membabitkan pasangan suami isteri yang baru pulang dari Arab Saudi selepas mengerjakan ibadah umrah pada 25 Disember lalu. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, R. Vidyananthan berkata, pasangan berkenaan menunaikan umrah pada 4 Disember lalu dan pulang ke Malaysia melalui klia pada 16 Disember lepas. Katanya ujian saringan PCR di Pintu Masuk Antarabangsa yang dijalankan pada 16 Disember telah mengesan keduanya positif pada 18 Disember lalu. Sampel PCR tersebut kemudiannya telah dihantar ke Institue Of Medical Research (IMR) bagi…
Read More97.5 peratus lengkap vaksinasi
PUTRAJAYA 26 Dis. – Sebanyak 97.5 peratus atau 22,835,291 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi. Berdasarkan data Kementerian Kesihatan melalui laman COVIDNOW, sebanyak 23,134,791 individu atau 98.8 peratus daripada golongan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 87.2 peratus atau 2,745,182 telah melengkapkan vaksinasi manakala 2,839,706 atau 90.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19. Sementara itu, statistik harian menunjukkan sejumlah 25,457 dos vaksin telah diberikan melibatkan 23,698 dos…
Read More