Malaysia beri 56,814,549 dos vaksin

PUTRAJAYA 27 Dis. – Sebanyak 62,022 dos penggalak vaksin Covid-19 diberikan semalam menjadikan jumlah keseluruhan penerima dos itu meningkat kepada 5,452,521 orang atau 16.7 peratus daripada populasi keseluruhan.

Menurut data portal COVIDNOW, setakat semalam juga, sebanyak 78.3 peratus atau 25, 582,524 populasi keseluruhan melengkapkan vaksinasi manakala 79.5 peratus atau 25,975,901 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Sebanyak 97.6 peratus atau 22,836,859 daripada populasi dewasa telah lengkap vaksinasi manakala, 98.9 peratus atau 23,135,883 orang menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2,745,665 individu atau 87.2 peratus telah melengkapkan dua dos dan 90.2 peratus atau 2,840,018 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Terdapat pertambahan 64,283 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) ialah 56,814,549 dos.

Related posts

Leave a Comment