Kes rendah, kumulatif lepasi 700,000

PUTRAJAYA 21 Jan – Sebanyak 4,611 kes positif baharu Covid-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam, kes terendah sejak pertengahan Mei lalu.

Dengan pertambahan kes baharu itu, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 itu melepasi 700,000 kes iaitu 701,019.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 69 kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 4,477. 

Kematian  hari ini melibatkan 24 kes di Selangor, 11 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sembilan di Negeri Sembilan, tujuh di Johor,masing-masing empat di Kelantan dan Wilayah Persekutuan Labuan, tiga  di Kedah, masing-masing dua di Terengganu, Sabah, dan Sarawak, serta satu di Melaka.

Kes sembuh pula meningkat kepada 633,624 selepas 5,439 lagi pesakit dilaporkan pulih hari ini.

Sementara itu, sebanyak 880 sedang mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan 452 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Related posts

Leave a Comment