19 lagi kematian baharu

PUTRAJAYA 27 Dis. – Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan 19 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 31,334 orang, daripada 2.73 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, tiga daripada 19 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 44,815 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 37,183 individu atau 83 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,783 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,543 kes di hospital dan 306 pesakit di unit rawatan rapi (ICU). Kes ICU membabitkan 136 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 170 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment