Agong tinjau kerja pembersihan

TEMERLOH 27 Dis. – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berangkat meninjau Pasukan Bencana Istana Negara melakukan kerja-kerja pembersihan di Balairaya Kampung Serdang di Mentakab, Pahang yang terkesan akibat dilanda banjir besar tiga hari lalu. Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah. Pasukan Bencana Istana Negara yang diketuai Pengarah Operasi, Zahari Yahya bersama 45 sukarelawan yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Istana Negara tiba di Mentakab semalam bagi misi bantuan bencana…

Read More

Kes harian Malaysia 2,757

PUTRAJAYA 27 Dis. – Jumlah kes harian Covid-19 hari ini terus mencatatkan angka di bawah 3,000 apabila sebanyak 2,757 direkodkan sehingga pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 2,743,936. Semalam, sebanyak 2,778 kes Covid-19 dilaporkan iaitu jumlah di bawah 3,000 buat kali kedua yang direkodkan sepanjang bulan ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah kes baharu itu, hanya 40 dalam kategori tiga, empat dan lima manakala bakinya adalah kategori satu dan dua iaitu tidak bergejala serta bergejala ringan. Kes harian ini membabitkan 2,594…

Read More

Dua kes Omicron di Pulau Pinang

TANJONG 27 Dis. – Pulau Pinang kini mempunyai dua kes jangkitan baharu Covid-19 membabitkan varian Omicron, kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow. Katanya, kes import itu dikesan melalui dua individu yang pulang dari Arab Saudi selepas menunaikan umrah. Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) dan mereka sedang dikuarantin di hospital bagi pemantauan rapi. “Setakat ini baru dua kes varian Omicron direkodkan di negeri ini dan kerajaan negeri mengambil serius perkara ini serta akan memastikan ia tidak merebak ke dalam masyarakat,” katanya di sini, hari…

Read More

Diskaun penunggang motosikal, basikal

TANJONG 27 Dis. – Penunggang motosikal dan basikal yang menggunakan perkhidmatan feri menghubungkan Seberang Perai dan bahagian pulau di Pulau Pinang bakal menikmati diskaun 50 peratus selama enam bulan bermula 1 Januari. Ini bermakna, mulai tarikh itu, penunggang motosikal akan membayar RM1 dan 60 sen bagi penunggang basikal. Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPSB), Tan Teik Cheng berkata, potongan separuh harga tiket selama enam bulan pada tahun hadapan itu adalah untuk pengguna feri RORO bagi kenderaan beroda. Katanya bagi tempoh itu, PPSB menanggung peruntukan RM58,333 sebulan atau keseluruhannya RM350,000. “Penggunaan…

Read More

Kadar kebolehjangkitan naik 0.90

PUTRAJAYA 27 Dis. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam naik semula kepada 0.90 sama seperti 23 Disember lalu berbanding 0.88 pada hari sebelumnya . Sebelas negeri merekodkan kadar lebih tinggi,  didahului Terengganu dengan 1.01 yang merupakan satu-satunya negeri yang merekodkan lebih 1.00. Ini diikuti Johor 0.97, Pulau Pinang 0.95, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.94, Perak 093, Kelantan 0.93, Perlis 0.91, Kedah 0.91, Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.90. Lima negeri merekodkan di bawah 0.90 iaitu Melaka 0.87, Pahang 0.86, Sabah 0.82, Sarawak dan…

Read More

Kes import Omicron naik di Indonesia

JAKARTA 27 Dis. – Kes import Omicron yang pertama kali dikesan di Indonesia pada 15 Disember telah meningkat  kepada 46 sehingga semalam berikutan pertambahan 25 kes yang dikesan semasa kuarantin. Menurut  jurucakap Kementerian Kesihatan Indonesia Siti Nadia Tarmidzi, kes terbaharu itu melibatkan warganegaranya yang pulang dari Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu, Kenya, Mesir, Malawi, Malaysia, Sepanyol, Turki dan United Kingdom. Satu lagi kes melibatkan warganegara Nigeria dan seorang pekerja kesihatan tempatan bertugas di pusat isolasi di Wisma Atlet, Jakarta Utara. Kes Omicron dikesan apabila pelaku perjalanan antarabangsa tiba di Indonesia…

Read More

Singapura tarik balik larangan perjalanan

SINGAPURA 27 Dis. – Singapura menarik balik larangan perjalanan ke atas penumpang dari 10 negara Afrika daripada memasuki atau membuat persinggahan di negara ini. Kementerian Kesihatan (MoH) dalam kenyataan memberitahu, negara terlibat adalah Botswana, Eswatini, Ghana, Lesotho, Malawi, Mozambique, Namibia, Nigeria, Afrika Selatan dan Zimbabwe. Menurut MoH, mulai pukul 11.59 malam semalam, penumpang yang tiba di Singapura dengan sejarah perjalanan ke negara-negara itu dalam tempoh 14 hari lalu akan tertakluk kepada langkah-langkah sempadan Kategory IV negara. Mereka perlu mengambil satu ujian tindak balas berantai polimerase (PCR) dalam masa dua hari…

Read More

Penerbangan batal akibat lonjakan Omicron

LONJAKAN kes Covid-19 melibatkan varian Omicron menyebabkan beberapa syarikat penerbangan Amerika Syarikat termasuk United dan Delta membatalkan lebih 950 penerbangan pada Hari Krismas. Setakat Ahad, sejumlah 656 penerbangan komersial keluar dan masuk AS dibatalkan, dengan lebih banyak pembatalan dijangka berlaku susulan 920 penerbangan tertunda. Langkah itu diambil selepas lebih 600 penerbangan dibatalkan pada 24 Disember , susulan lonjakan kes Covid-19 melibatkan varian Omicron yang memberi kesan kepada kakitangan syarikat penerbangan berkenaan. Pembatalan itu juga dibuat ketika Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan berkata, jumlah orang yang melakukan perjalanan percutian kini kembali ke tahap…

Read More