433 kes baharu di Filipina

MANILA 26 Dis. – Jabatan Kesihatan (DoH) mencatatkan 433 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,838,640.

Menurut DoH, sehingga pukul 4 petang semalam, sebanyak 283 kes pesakit sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,777,918 kes.

Kes kematian pula meningkat kepada 51,200 orang termasuk 13 lagi yang dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Daripada jumlah kes yang direkodkan di negara ini, 0.3 peratus atau 9,522 adalah kes aktif, sedikit peningkatan berbanding 9,376 yang dilaporkan semalam.

Related posts

Leave a Comment