Dua kes Omicron di Johor

JOHOR BAHRU 26 Dis. – Dua kes Omicron dikesan di Johor membabitkan pasangan suami isteri yang baru pulang dari Arab Saudi selepas mengerjakan ibadah umrah pada 25 Disember lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, R. Vidyananthan berkata, pasangan berkenaan menunaikan umrah pada 4 Disember lalu dan pulang ke Malaysia melalui klia pada 16 Disember lepas.

Katanya ujian saringan PCR di Pintu Masuk Antarabangsa yang dijalankan pada 16 Disember telah mengesan keduanya positif pada 18 Disember lalu.

Sampel PCR tersebut kemudiannya telah dihantar ke Institue Of Medical Research (IMR) bagi menjalani proses jujukan genom dan keputusan kemudiannya didapati positif Omicron.

“Kini kedua-duanya sedang menjalani isolasi di rumah di Johor Bahru. Kesemua kontak rapat kepada kedua-dua kes juga dikenalpasti dan diberikan arahan pengasingan dan pemerhatian di rumah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Vidyananthan, susulan perkembangan terbaharu ini, semua rakyat Johor yang pulang dari luar negara khususnya dari umrah, perlu mematuhi arahan kuarantin wajib yang diberikan.

Katanya mereka perlu terus kekal berada di dalam bilik berasingan dan tidak bertemu dengan ahli rumah atau individu yang lain.

Related posts

Leave a Comment