Lonjakan kes di Amerika Syarikat

KES baharu Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) terus melonjak ke paras tertinggi dengan 265,000 sehari secara purata, di mana sebahagian besarnya disumbangkan oleh varian Omicron yang sangat mudah menular. Menurut data Johns Hopkins University, kes harian baharu di AS meningkat lebih dua kali ganda dalam tempoh dua minggu lalu, mengatasi paras lama 250,000, yang ditetapkan pada pertengahan Januari. Berikutan versi mutasi virus yang merebak dengan pantas, ia menimbulkan kemelut pada sambutan Krismas dan menjelang Tahun Baharu 2022 yang memaksa masyarakat mengecilkan skala atau membatalkan perayaan mereka. Beribu-ribu penerbangan dibatalkan di…

Read More

Hampir 6 juta ambil dos penggalak

PUTRAJAYA 30 Dis. –  Sebanyak 177,057 dos penggalak diberikan semalam menjadikan jumlah keseluruhan penerima dos itu setakat ini 5,908,852 individu atau 18.1 peratus daripada populasi negara Menurut data portal COVIDNOW, bagi tempoh yang sama, sebanyak 25,603,645 atau 78.4 peratus telah lengkap divaksinasi manakala 25,990,727 atau 79.6 peratus  telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Dalam tempoh yang sama, 22,851,542 individu atau 97.6 peratus daripada populasi dewasa telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 manakala 98.9 peratus atau 23,146,049 menerima sekurang-kurangnya satu dos. Bagi populasi remaja pula, seramai 2,752,103 individu atau 87.4 peratus telah melengkapkan…

Read More

36 lagi kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 30 Dis. – Kementerian Kesihatan melaporkan 36 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan  31,428 orang meninggal dunia daripada 2.74 juta kes positif yang dikesan di negara ini. Menurut data di portal COVIDNOW, dua daripada 36 kes kematian yang dilaporkan, berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID). Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu dan baharu dilaporkan berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal akibat pandemik. Sementara itu, terdapat 41,682 kes aktif Covid-19…

Read More

Kes jangkitan harian Arab Saudi 744

RIYADH 29 Dis. – Kerajaan Arab Saudi mewajibkan semula pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal di kesemua tempat tertutup dan terbuka bermula Khamis ini berikutan lonjakan kes harian Covid-19 yang hari ini melebihi 700 kes. Agensi Berita Saudi (SPA) yang memetik sumber Kementerian Dalam Negeri Saudi melaporkan peraturan itu akan bermula 7 pagi 30 Disember. Peraturan itu – memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal turut melibatkan petugas dan jemaah di Masjidilharam Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah. Pada Oktober lepas, Arab Saudi mengumumkan beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19…

Read More

2,575 kes baharu di Thailand

BANGKOK 29 Dis. – Sebanyak 2,575 kes baharu Covid-19 direkodkan dengan 17 kematian menjadikan jumlah keseluruhan kes di Thailand meningkat kepada 2,217,287 dan 21,647 orang meninggal dunia. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, angka itu menunjukkan peningkatan berbanding 2,305 yang direkodkan semalam manakala jumlah kes kematian pula tur berbanding 32 kes semalam. Daripada jumlah kes baharu yang direkodkan hari ini, sebanyak 2,535 kes dalam kalangan orang awam termasuk 116 kes import dan 40 dalam kalangan banduan.. Semalam sebanyak 2,695 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 2,162,138 orang.…

Read More

889 kes baharu di Filipina

MANILA 29 Dis. – Filipina merekodkan 889 kes baharu Covid-19 hari ini berbanding 421 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan negara itu setakat ini sebanyak 2,839,790. Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 28 kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 51,241 orang meninggal dunia. Jumlah pesakit sembuh pula meningkat kepada 2,778,131 orang atau 97.8 peratus daripada keseluruhan kes termasuk 214 kes yang dilaporkan sembuh hari ini. Kes aktif pula menunjukkan peningkatan iaitu 10,418 berbanding 9,750 yang direkodkan semalam.

Read More

Kes keseluruhan Brunei 15,465

BERAKAS 29 Dis. – Brunei Darussalam merekodkan empat kes baharu Covid-19 termasuk satu kes import menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 15,465, kata Menteri Kesihatan Dr. Md Isham Jaafar. Katanya, jumlah kes baharu ini adalah hasil daripada 2,675 jumlah ujian makmal yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu dengan kadar kes positif hari ini adalah sebanyak 0.1 peratus. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19, beliau berkata, dalam kalangan kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, tidak ada kes dalam Kategori 4, yang memerlukan bantuan oksigen juga di bawah…

Read More

Kes harian Malaysia meningkat

PUTRAJAYA 29 Dis. – Sebanyak 3,683 kes jangkitan Covid-19 direkodkan setakat pukul 12 tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata pertambahan kes penularan itu menjadikan angka jangkitan Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 2,750,516 individu. Angka harian itu menunjukkan peningkatan berbanding 2,897 yang direkodkan semalam dan 2,757 pada 27 Disember lalu.

Read More