MANILA 30 Dis. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan peningkatan kes harian Covid-19 hari ini dengan mencatatkan 1,623 kes baharu berbanding 889 yang dilaporkan semalam. Sehingga pukul 4 petang ini DoH juga merekodkan 133 orang lagi meninggal dunia akibat pandemik Covid-19. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 2,841,260 manakala jumlah kematian pula meningkat kepada 51,373 orang atau 1.81 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Daripada jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini, sebanyak 97.8 peratus atau 2,778,115 orang dilaporkan sembuh termasuk 256 pesakit yang pulih hari…
Read MoreMonth: December 2021
Kes harian meningkat 3,997
PUTRAJAYA 30 Dis. – Jumlah jangkitan baharu Covid-19 hari ini sekali lagi menunjukkan peningkatan melepasi angka 3,000 dalam apabila merekodkan 3,997 kes berbanding 3,683 semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dengan pertambahan itu, jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 2,754,513. Menurut beliau, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 3,631 adalah kes tempatan manakala kes import pula sebanyak 366. “Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) ketika ini adalah 281 kes iaitu 213 kes disahkan Covid-19, 68 kes lagi dalam kategori disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan. “Kes…
Read MoreMendahului, hargai warga emas
HARI ini ada urusan di sebuah bank. Tujuan sekadar mahu menukar kad debit yang akan tamat atau luput. Beberapa hari lalu kebetulan di Kajang, saya ke satu cawangan tetapi disuruh buat janji temu melalui QMS. Jika itu SOP musim Covid-19, ikut saja. Patuh SOP. Tetapi waktu itu terlintas di hati, apa salahnya layani sahaja yang datang secara tiba-tiba atau kebetulan, apa tah lagi pelanggan yang berstatus warga emas. Bukan mudah warga emas nak keluar rumah. Melalui aplikasi QMS, semalam saya buat janji temu atau ‘appointment’. Pilihan saya pukul 10.45 pagi…
Read MoreOmicron: Ambil langkah waspada
PUTRAJAYA 30 Dis. – Penularan varian membimbangkan (VOC), Omicron yang berasal dari Afrika Selatan tidak dapat dielakkan, dan rakyat perlu mengambil langkah berwaspada, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Katanya, kerajaan berusaha memperlahankan gelombang penularan jangkitan Covid-19 menerusi varian Omicron itu bagi mengelak pelaksanaan langkah kawalan sekatan secara drastik. Justeru, beliau menasihatkan orang ramai untuk mengambil langkah berwaspada, termasuk dengan melakukan saringan secara berkala khususnya jika ingin mengadakan pertemuan dengan ahli keluarga lain. “Omicron tidak dapat dielakkan. Saya ingin cuba memperlahankan gelombang (Omicron) yang bakal tiba, dengan sebaik mungkin. “Ini supaya…
Read MoreKadar kebolehjangkitan naik 0.95
PUTRAJAYA 30 Dis. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara naik kepada 0.95 semalam berbanding 0.93 pada hari sebelumnya. Tiga negeri merekodkan kadar lebih tinggi, didahului Kelantan 1.01, Terengganu 1.00 dan Johor 0.97. Tiga belas negeri merekodkan kadar di bawah 0.95 iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.94, Kedah 0.94, Perak 0.93, Selangor 0.92, Melaka 0.92, Pulau Pinang 0.91 dan Pahang 0.90 Ini diikuti Perlis 0.89, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.89, Negeri Sembilan 0.88, Sabah 0.87, Wilayah Persekutuan Labuan 0.73, Sarawak 0.71
Read More2021 – Bencana Menyapa
Imbasan Harian Metro
Read More341 kes baharu, 170 Omicron di Singapura
SINGAPURA 30 Dis. – Singapura melaporkan 341 kes baharu Covid-19 setakat 12 tengah hari semalam termasuk 153 kes import menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini 278,750. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), satu kematian turut dilaporkan, sekali gus membawa jumlah kematian kepada 826 orang. Jumlah kes semalam turun daripada 365 jangkitan yang dilaporkan pada Selasa dan daripada kes-kes baharu itu, 188 adalah jangkitan tempatan, yang merangkumi 182 kes dalam masyarakat dan enam di asrama pekerja asing. MoH juga merekodkan 170 jangkitan baharu varian Omicron yang disahkan pada Rabu, meliputi 151 kes import…
Read More740 kes Omicron di Thailand
BANGKOK 30 Dis. – Thailand melaporkan 740 kes varian Omicron di 33 wilayah di negara itu yang melibatkan 489 kes import dan 251 jangkitan tempatan. Jumlah itu termasuk lebih 200 kes daripada kluster Kalasin, wilayah timur laut yang disifatkan sebagai super-spreader event” atau acara penyebar utama. Berikutan perkembangan ini, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam Dr Kiatiphum Wongrajit memberi amaran, kes harian Covid-19 dalam negara boleh mencecah 30,000 kes dan lebih 170 kematian. Bagaimanapun, kes Covid-19 boleh mencecah 10,000 dengan kematian harian yang lebih rendah jika orang ramai mematuhi langkah-langkah pencegahan penularan Covid-19. Menurut…
Read MoreTsunami kes baharu Delta, Omicron
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bimbang varian Delta dan Omicron yang sedang merebak ketika ini mencetuskan ‘tsunami kes baru’ , kata Ketua Pengarahnya Tedros Adhanom Ghebreyesus. “Saya berasa sangat bimbang bahawa Omicron, yang senang berjangkit dan menular pada masa yang sama dengan Delta, sedang mencetuskan tsunami kes Covid-19.”, katanya dalam ucapan pembukaan pada sidang media semalam. Virus ini akan terus berkembang dan mengancam sistem kesihatan kita jika kita tidak memperbaiki tindak balas kolektif. Beliau mengingatkan Delta dan Omicron kini menjadi ‘ancaman berkembar’ bagi melonjakkan jumlah kes Covid-19 ke rekod tertinggi,…
Read MorePerancis mahu kuatkuasa pas vaksin
PERANCIS mahu pas vaksin dikuatkuasa sepenuhnya pada pertengahan Januari ini ketika negara itu merekodkan 208,000 kes baharu semalam (Rabu 29 Disember) dengan sebahagian besarnya akibat varian Omicron. Berikutan itu pengundian bagi rang undang-undang berkaitan pas vaksin ini dijangka dipercepatkan dan jika diluluskan, orang yang tidak divaksinasi tidak lagi boleh menggunakan keputusan ujian negatif untuk mengakses tempat-tempat berkenaan. Menteri Kesihatan, Olivier Veran mempertahankan rancangan kerajaan untuk membenarkan hanya mereka yang diberi vaksin sepenuhnya menikmati akses berterusan di premis seperti restoran, pawagam, teater, muzium dan arena sukan. Perancis meningkatkan tekanan terhadap individu…
Read More