Kes keseluruhan Brunei 15,465

BERAKAS 29 Dis. – Brunei Darussalam merekodkan empat kes baharu Covid-19 termasuk satu kes import menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 15,465, kata Menteri Kesihatan Dr. Md Isham Jaafar.

Katanya, jumlah kes baharu ini adalah hasil daripada 2,675 jumlah ujian makmal yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu dengan kadar kes positif hari ini adalah sebanyak 0.1 peratus.

Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19, beliau berkata, dalam kalangan kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, tidak ada kes dalam Kategori 4, yang memerlukan bantuan oksigen juga di bawah rawatan rapi.

Katanya, satu kes masih dalam Kategori 5, iaitu memerlukan bantuan mesin pernafasan dan bantuan mesin tambahan heart / lung machine, Extracorporeal membrane oxygenation (ECMO), di Unit Rawatan Intensif.

Menurut Dr. Md Isham, satu kes telah disahkan sembuh, pada hari ini, yang membawa jumlah kes yang sembuh di Negara Brunei Darussalam kepada 15,265 kes, manakala jumlah kes aktif ialah sebanyak 100 kes.

“Sementara itu, kadar pengisian di Pusat-pusat Pengasingan, di seluruh negara atau ‘bed occupancy rate’ ialah sebanyak 2.7 peratus,” katanya.

Setakat semalam, 28 Disember, kadar keseluruhan penduduk yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, di bawah Program Vaksinasi Kebangsaan adalah 94.5 peratus.

Sementara itu, kadar bagi yang menerima dua dos vaksin ialah 93.2  peratus dan tiga dos vaksin, 17.9 peratus.

Related posts

Leave a Comment