2,575 kes baharu di Thailand

BANGKOK 29 Dis. – Sebanyak 2,575 kes baharu Covid-19 direkodkan dengan 17 kematian menjadikan jumlah keseluruhan kes di Thailand meningkat kepada 2,217,287 dan 21,647 orang meninggal dunia.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, angka itu menunjukkan peningkatan berbanding 2,305 yang direkodkan semalam manakala jumlah kes kematian pula tur berbanding 32 kes semalam.

Daripada jumlah kes baharu yang direkodkan hari ini, sebanyak 2,535 kes dalam kalangan orang awam termasuk 116 kes import dan 40 dalam kalangan banduan..

Semalam sebanyak 2,695 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 2,162,138 orang.

Sementara itu Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Taweesilp Visanuyothin, berkata, 17 kematian yang direkodkan melibatkan mereka yang berusia antara 52 hingga 95 tahun termasuk seorang warga Kemboja.

Kes kematian antara lain di Bangkok tiga kes, Nakhon Ratchasima (2), Nong Khai (1),  Ubon Ratchathani (1), Songkhla (4), Trang (2), Yala (1), Satun (1).dan Chiang Rai (1).

Bangkok merekodkan 358 kes baharu diikuti 191 di Chon Buri, Samut Prakan (84), Ubon Ratchathani (73), Khon Kaen (68), Kalasin (65), Nakhon Si Thammarat (63),  Songkhla (62), Nakhon Ratchasima (57) dan and 56 in Chiang Mai (56).

Semalam, sebanyak 33,502 orang mendapatkan rawatan di hospital termasuk 614 pesakit kritikal dan 153 bergantung kepada ventilator.

Related posts

Leave a Comment